awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari bakal kongsi pengalaman dalam dialog SRED di Singapura

Afiezul Samit
Afiezul Samit
25/04/2022
07:04 MYT
Abang Johari bakal kongsi pengalaman dalam dialog SRED di Singapura
Abang Johari akan menyentuh pelbagai inisiatif baharu Kerajaan Sarawak seperti Digital Ekonomi, Ekonomi Hidrogen dan Sistem Transit Aliran Automasi (ART) dalam ucapannya yang bertemakan 'Perkembangan Ekonomi di Asia dan Dunia'- Astro AWANI
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berucap sebagai penceramah jemputan pada makan malam S. Rajaratnam Endowment Dialogue (SRED) di Singapura.
Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, majlis tersebut dijadualkan pada petang 26 April (Selasa) di The Arts House, 1 Old Parliament Lane.
Dialog tersebut atas jemputan Yayasan Temasek dengan kerjasama Straits Times dan International Strategy Forum (ISF) sebagai satu daripada program utama Schmidt Futures.
Kenyataan Pejabat Premier Sarawak yang memaklumkan mengenai jemputan ke atas Abang Johari sebagai penceramah dalam majlis SRED.
Kenyataan Pejabat Premier Sarawak yang memaklumkan mengenai jemputan ke atas Abang Johari sebagai penceramah dalam majlis SRED.
Abang Johari akan menyampaikan ucapannya bertemakan 'Perkembangan Ekonomi di Asia dan Dunia' dan akan menyentuh mengenai Pelan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030).
Turut disampaikan termasuklah pelbagai inisiatif baharu Kerajaan Sarawak seperti Digital Ekonomi, Ekonomi Hijau, Ekonomi Hidrogen, Sistem Transit Aliran Automasi (ART), Pusat Sains Sarawak dan pertanian komersial.
Turut mengiringi Premier Sarawak nanti, ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Datuk Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad, Datuk Sharbini Suhaili.
Topic Berkaitan
#Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#S Rajaratnam Endowment Dialogue SRED
#Singapura
#Pelan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 PCDS 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan