awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari nafi kerajaan Sarawak mahu sertai Pakatan Harapan

Bernama
Bernama
13/05/2018
20:35 MYT
Abang Johari nafi kerajaan Sarawak mahu sertai Pakatan Harapan
Abang Johari bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan malam sempena Persidangan Antarabangsa Infrastruktur ICT dan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2018 malam tadi. --fotoBERNAMA
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg menafikan kerajaan negeri berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan.
Beliau berkata namun begitu kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan tetap akan dijalin memandangkan ada bidang kuasa terletak di bawah kerajaan pusat.
"Tidak (menimbang untuk sertai Pakatan Harapan)... apa yang akan ada ialah kerjasama antara kedua-dua pihak di bawah sistem persekutuan jadi perlu ada kerjasama kerana beberapa bidang tertentu adalah di bawah kuasa persekutuan, itu sahaja," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Abang Johari yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak berkata keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan bukan bererti mereka ingin menjadi menjadi sebuah pembangkang yang kuat sebaliknya keputusan diambil untuk kepentingan rakyat Sarawak.
Ketika ditanya bagaimana dengan pelaksanaan projek yang telah diumum sebelum ini, Abang Johari berkata projek oleh kerajaan negeri tidak terjejas kerana menggunakan dana sendiri.
"Berkenaan projek Kerajaan Persekutuan, saya serahkan kepada Kerajaan Persekutuan (untuk menentukan)," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#Barisan Nasional
#bidang kuasa
#gabungan
#kepentingan
#kerajaan negeri
#kerajaan Persekutuan
#kerajaan pusat
#Ketua Menteri
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Pilihan Malaysia
#politik
#projek
#rakyat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan