awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang maut, adik melecur dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2024
02:30 MYT
Abang maut, adik melecur dalam kebakaran
Kebakaran berlaku membabitkan rumah kediaman di Felda Tersang, Raub awal pagi Ahad. - Foto Ihsan JBPM Pahang
KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur dalam satu kebakaran di Felda Tersang Satu, Raub, awal pagi Ahad.
Mangsa, Abd Shukur Abdullah Suhaimin, 46, meninggal dunia ketika menyelamatkan diri selepas terjatuh di belakang rumah.
Sementara itu, adiknya, Abdul Hadi Abdullah Suhaimin, 39, pula melecur pada bahagian tangan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Pahang kira-kira jam 1.42 pagi berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, susulan itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub dan Sungai Koyan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan berkenaan.
"Jarak lokasi kejadian dianggarkan sejauh 38 kilometer dan kebakaran membabitkan rumah jenis sementara dan turut melibatkan rumah ke dua iaitu jenis kekal.
“Kita berjaya mengawal kebakaran pada 2.51 pagi. Seterusnya menemui seorang mangsa yang terjatuh di bahagian belakang rumah dipercayai ketika cubaan keluar dari kediaman itu," katanya pada Ahad.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.
"Kita turut menemui seorang lagi mangsa yang melecur di bahagian tangan," katanya.
Wan Muhammad Zaidi menjelaskan, anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus manakala rumah bersebelahan hanya 20 peratus yang hanya membabitkan bahagian bilik.
Katanya, pihak bomba menggunakan dua aliran gelung hos dan satu aliran hos sepanjang 200 kaki bagi menggunakan bekalan air daripada tangki jentera.
"Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Bagaimanpun, mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Seorang lagi mangsa yang cedera di bawa ke hospital bagi tujuan rawatan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#abang maut
#adik melecur
#Felda Tersang Satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan