awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran luluskan laluan kemanusiaan melalui Selat Hormuz

Bernama
Bernama
04/04/2026
13:41 MYT
Konflik Asia Barat: Iran luluskan laluan kemanusiaan melalui Selat Hormuz
Arahan itu membenarkan kapal yang membawa barangan keperluan asas dan makanan ternakan melalui laluan itu mengikut protokol yang ditetapkan. - Gambar fail/AP

Iran meluluskan pada Sabtu laluan kapal yang membawa barangan kemanusiaan dan keperluan asas melalui Selat Hormuz, menurut sepucuk surat daripada pejabat pembangunan perdagangan Kementerian Pertanian, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.

Disokong oleh kerajaan dan angkatan tentera, arahan itu membenarkan kapal yang membawa barangan keperluan asas dan makanan ternakan melalui laluan itu mengikut protokol yang ditetapkan, menurut laporan itu.
Susulan kelulusan tersebut, persatuan industri memaklumkan kepada syarikat ahli masing-masing agar meneruskan penghantaran kapal kargo ke pelabuhan di selatan Iran selepas sekatan sebelum ini ditarik balik, menurut laporan itu lagi.
Ketegangan di rantau itu semakin meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini meragut nyawa lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negaraTeluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#kemanusiaan
#Selat Hormuz
#kapal kargo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan