awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu mayat pasangan Liew, Lee lalui upacara keagamaan di Nirvana Sungai Besi

Bernama
Bernama
03/10/2014
06:21 MYT
Abu mayat pasangan Liew, Lee lalui upacara keagamaan di Nirvana Sungai Besi
Dua kendi abu mayat pasangan suami isteri yang diliputi Jalur Gemilang itu tiba dengan kenderaan jenazah dari KLIA. - Foto Bernama
Abu mayat Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Kota Damansara, Liew Yau Chee dan isteri Lee Kiah Yeen yang merupakan antara mangsa nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kini ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini untuk upacara keagamaan, selama sehari.
Dua kendi abu mayat pasangan suami isteri yang diliputi Jalur Gemilang itu tiba dengan kenderaan jenazah dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 9.52 pagi, diiringi kira-kira 20 anggota keluarga dan kenalan.
Timbalan Pengurus Besar Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Teh Khai Lin berkata abu jenazah Liew dan Lee akan dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana Shah Alam pada 10 pagi esok untuk disemadikan di sana, atas permintaan keluarga mereka.
Turut hadir memberi penghormatan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan, mewakili Menteri Besar Selangor.
Pasangan itu meninggalkan dua anak lelaki berumur dua dan 10 tahun serta seorang anak perempuan berusia lapan tahun.
Mendiang Liew dan isteri berlepas ke Jerman atas urusan perniagaan dan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Amsterdam untuk pulang ke ibu negara.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.
Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu.
Penumpang lain terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Lee Kiah Yeen
#Liew Yau Chee
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan