awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar buka ruang bincang dengan pembangkang cari solusi tangani krisis tenaga global
[TERKINI] Agong zahir ucapan takziah atas pemergian Dr Ling Liong Sik
MCA kibar bendera separuh tiang, penghormatan tertinggi pemergian Dr Ling Liong Sik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: JDT tewaskan Vissel Kobe 1-0, sahkan kedudukan ke pusingan 16 terbaik

Bernama
Bernama
17/02/2026
21:09 MYT
ACLE: JDT tewaskan Vissel Kobe 1-0, sahkan kedudukan ke pusingan 16 terbaik
Bergson Da Silva, (kiri), melakukan percubaan ketika menentang Vissel Kobe, pada perlawanan Peringkat Liga Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025-2026 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 17 Feb 2026. --fotoBERNAMA
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Vissel Kobe 1-0 dalam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Pada separuh masa pertama, Harimau Selatan terlebih dahulu menguji kubu pelawat seawal minit kedua menerusi rembatan jarak jauh Bergson Da Silva dari luar kotak penalti, namun percubaannya ditepis penjaga gol, Shuichi Gonda.
JDT terus mengasak dan berpeluang membuka jaringan pada minit ke-13, namun percubaan Antonio Cristian Glauder selepas menerima hantaran Bergson sekali lagi dinafikan Gonda.
Pasukan dari Jepun itu mencipta peluang menerusi Jean Patric Reis pada minit ke-20, namun rembatan rendah dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol, Andoni Zubiaurre Dorronsoro.
Seminit kemudian, Mitsuki Hidaka hampir meletakkan Vissel Kobe di hadapan, namun percubaan jarak dekatnya tersasar.
JDT hampir memecah kebuntuan pada minit ke-39 apabila sepakan rendah Nene dalam kotak penalti berjaya menewaskan Gonda dan memasuki gawang, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati beliau dalam kedudukan ofsaid.
Bersambung babak kedua, JDT sekali lagi berputih mata apabila percubaan Marcos Guilherme pada minit ke-55 yang berjaya menghasilkan gol turut dibatalkan kerana ofsaid.
Vissel Kobe, pasukan kendalian Michael Skibbe itu hampir mengejutkan tuan rumah pada minit ke-71 menerusi percubaan Kento Hamasaki, namun rembatan berkenaan sekadar terkena tiang gol.
JDT akhirnya berjaya memecah kebuntuan dua minit kemudian apabila sepakan rendah Guilherme pada minit ke-73 menewaskan Gonda yang cuba menghalang, sekali gus meletakkan tuan rumah di hadapan.
Keputusan kekal memihak JDT sehingga tiupan wisel penamat, dan kemenangan itu menjadikan pasukan kendalian Xisco Munoz melonjak ke kedudukan keenam dengan 11 mata, iaitu tiga perlawanan menang, dua seri dan tiga tewas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Vissel Kobe
#ACLE
#pusingan 16 terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan