awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir lumpur landa Cameron Highlands
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Korea Selatan, India setuju kerjasama rantaian bekalan tenaga susulan perang Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: RM6.72 juta jadi milik JDT

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2026
04:15 MYT
ACLE: RM6.72 juta jadi milik JDT
Biarpun gagal melangkah lebih jauh ke separuh akhir, persembahan yang dipamerkan oleh Harimau Selatan di pentas elit itu mendapat pujian ramai peminat bola sepak. - Foto JDT
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengaut habuan AS$1.7 juta (RM6.72 juta) meskipun tersingkir di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah pada Jumaat, Harimau Selatan terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada juara bertahan dari Arab Saudi, Al-Ahli.
Bagaimanapun, kekecewaan itu sedikit terubat apabila mengambil kira jumlah keseluruhan wang tunai yang berjaya dibawa pulang sejak saingan peringkat kumpulan bermula.
Berdasarkan pecahan hadiah kemenangan, JDT telah menerima AS$800,000 sebagai yuran penyertaan awal.
Selain itu, tiga kemenangan yang dicatatkan di peringkat liga membolehkan Harimau Selatan menambah koleksi pendapatan sebanyak AS$300,000.
Kejayaan cemerlang melangkah ke pusingan 16 terakhir pula menyaksikan JDT dibayar AS$200,000 manakala bonus tambahan sebanyak AS$400,000 diberikan sebaik sahaja mereka mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.
Biarpun gagal melangkah lebih jauh ke separuh akhir, persembahan yang dipamerkan oleh Harimau Selatan di pentas elit itu mendapat pujian ramai peminat bola sepak.
Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan kelab dari selatan tanah air itu kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan gergasi-gergasi besar Asia yang lain. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#ACLE
#Al-Ahli
#Liga Juara-Juara Asia Elit
#imbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan