awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pakistan perlu lebih tegas dalam rundingan kedua Iran-AS
Iran pertimbang kenakan caj laluan di Selat Hormuz - Duta
Sepanyol dakwa Israel terap 'strategi Gaza' di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, India setuju kerjasama rantaian bekalan tenaga susulan perang Asia Barat

Bernama
Bernama
20/04/2026
11:23 MYT
Korea Selatan, India setuju kerjasama rantaian bekalan tenaga susulan perang Asia Barat
Kedua-dua pemimpin memberi tumpuan kepada usaha memperluas perdagangan dan pelaburan, selain meneroka peluang baharu dalam sektor mineral kritikal, tenaga, kecerdasan buatan (AI), kewangan dan pembinaan kapal. - Reuters
Presiden Lee Jae Myung berkata beliau dan Perdana Menteri India Narendra Modi bersetuju pada Isnin untuk bekerjasama dalam menstabilkan rantaian bekalan tenaga bagi menangani ketidaktentuan akibat perang di Asia Barat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Memperincikan hasil pertemuan bersama Modi di New Delhi, Lee berkata kedua-dua pemimpin memberi tumpuan kepada usaha memperluas perdagangan dan pelaburan, selain meneroka peluang baharu dalam sektor mineral kritikal, tenaga, kecerdasan buatan (AI), kewangan dan pembinaan kapal.
"Mengambil kira perkembangan terkini di Asia Barat, kami akan terus memperkukuh kerjasama dua hala bagi memastikan bekalan sumber tenaga dan bahan mentah utama yang stabil, termasuk nafta," kata Lee dalam satu pengumuman akhbar bersama.
Nafta merupakan bahan mentah utama bagi industri petrokimia, dan Korea Selatan mengimport sebahagian besar bahan itu dari Asia Barat melalui Selat Hormuz yang kini ditutup susulan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran.
Modi turut senada dengan menyatakan bahawa India akan memperkukuh kerjasama dalam teknologi utama dan rantaian bekalan dengan Korea Selatan bagi mempromosikan kemakmuran bersama kedua-dua negara.
Lee berkata kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mengekalkan penyelarasan rapat mengenai keamanan serantau dan isu global di tengah-tengah kedinamikan dunia yang sedang berubah.
"Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Asia Barat dan sependapat bahawa memulihkan keamanan serta kestabilan di rantau itu adalah penting bagi keselamatan dan ekonomi global," katanya.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#India
# Lee Jae Myung
#bekalan tenaga
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan