awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?

Bernama
Bernama
08/03/2021
10:24 MYT
Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Profesor Mohd Harridon Mohamed SuffianPendekatan baharu diperlukan untuk meningkatkan pencarian dan kerajaan harus menggunakan metodologi yang boleh dipercayai dan tersusun. - Gambar fail
IPOH: Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar.
Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang amat ditunggu-tunggu oleh waris terdekat 239 mangsa?
Menurut pakar penerbangan, pencarian baharu harus dilakukan hanya jika ada petunjuk baharu, agar ia tidak memberi harapan palsu kepada waris terdekat dan pihak lain yang berminat.
Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Profesor Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pendekatan baharu diperlukan untuk meningkatkan pencarian dan kerajaan harus menggunakan metodologi yang boleh dipercayai dan tersusun.
"Ia adalah langkah yang baik dan berdaya maju oleh Kerajaan Malaysia yang menawarkan pilihan terbuka berhubung pencarian itu. Kerjasama dengan Australia atau China atau pihak lain adalah dialu-alukan kerana ia adalah kekuatan pengganda yang akan menambah lebih ramai pakar dalam pencarian ini.
BACA: Mengenang MH370
"Aspek lain yang harus diambil kira adalah harapan yang lebih tinggi apabila pencarian ini diteruskan dan dengan itu kita perlu menguruskan antisipasi waris terdekat dan pihak lain yang berminat," katanya kepada Bernama hari ini.
Topic Berkaitan
#MH370
#Boeing 777
#Kuala Lumpur
#China
#Australia
#penerbangan
#Hishammuddin Hussein
#Mohd Harridon Mohamed Suffian
#Mengenang MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan