awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik tak mahu mati lagi, mak!

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/05/2017
09:15 MYT
Adik tak mahu mati lagi, mak!
Video insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit di rim motosikal menjadi tular di media sosial. -Gambar fail
"Adik tak mahu mati lagi, mak."
Ungkapan itu diulang beberapa kali kanak-kanak lelaki yang nyaris maut selepas tangannya tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya.
Menceritakan detik cemas ketika kejadian, Azizah Awang, 44, berkata mereka keluar seperti kebiasaan ke restoran berhampiran untuk membeli makanan.
Namun dia langsung tidak menyangka niat untuk membeli nasi kandar pada hari itu menjadi tragedi yang hampir meragut nyawa anak bongsu daripada tujuh beradik itu.
Azizah berkata ketika kejadian dia menyedari anaknya terjatuh gara-gara cuba mencapai jaket yang hampir diterbangkan angin.
Mujurlah tiada kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang ketika dia memberhentikan motosikalnya yang hampir terbabas.
"Saya nak bawak anak pergi beli nasi. Tiba tiba baju yang dia pegang itu jatuh dan masuk ke dalam roda bersama dengan tangan dia.
"Dia kata 'matilah adik, ibu, dia kata macam tu. Saya kata 'Tak, ibu ada, sabarlah'. Kemudian orang ramai datang tolong," kata Azizah.
Akibat kejadian itu, mangsa Muhd Qayyum Sabri, 4, patah tangan dan bahu kiri selain putus saraf menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan dua batang besi di tangannya.
Doktor memaklumkan tangan anaknya berkemungkinan akan dipotong jika urat saraf tidak berfungi bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Azizah yang juga ibu tunggal melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelamatkan nyawa anaknya.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang semalam menjadi tular di laman sosial apabila kejadian berkenaan dirakam kamera sebuah kenderaan.
Topic Berkaitan
#capai jaket
#Kanak-kanak
#nyaris maut
#patah tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan