awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adun Lenggeng meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2017
16:11 MYT
Adun Lenggeng meninggal dunia
Jenazah Allahyarham, 56 tahun, difahamkan akan dibawa ke rumah kakak beliau di Taman Rashidah Utama, Seremban. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, meninggal dunia pada Selasa malam akibat serangan jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11:25 malam dipercayai selepas menghadiri Majlis Hari Raya anjuran Adun Sri Menanti, Datuk Abd Samad Ibrahim.
Jenazah Allahyarham, 66 tahun, difahamkan akan dibawa ke rumah kakak beliau di Taman Rashidah Utama, Seremban.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui laman Twitternya sebentar tadi.
Assalamualaikum Adalah di maklumkan Dato Ishak Ismail (Adun Lenggeng) telah meninggal dunia sebentar td di Hospital.. ALFATIHAH
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) July 18, 2017
Sementara itu Setiausaha UMNO Negeri Sembilan Datuk Hasim Rusdi berkata Ishak dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri ADUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.
"Jenazah sekarang sedang jalani bedah siasat dan akan dibawa balik ke rumahnya di Taman Rashidah Utama, Seremban dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor," katanya kepada Bernama.
Ishak yang berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lepas, Beliau meninggalkan isteri Datin Norimah Ujang dan empat orang anak.
Ishak merupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ishak Ismail
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan