awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/08/2014
00:58 MYT
ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia
ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.
Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.
Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.
Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Noor Zahidi memperoleh 10,174 undi, Saharun (8,438 undi) dan Izat Bukhary (65 undi).
Topic Berkaitan
#ADUN
#meninggal dunia
#Noor Zahidi Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan