awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Seri Delima R.S.N Rayer bebas tuduhan menyebut kata-kata menghasut dalam DUN

Bernama
Bernama
28/07/2016
04:07 MYT
ADUN Seri Delima R.S.N Rayer bebas tuduhan menyebut kata-kata menghasut dalam DUN
Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan di dalam DUN Pulau Pinang, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei 2014. - Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N Rayer hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), dua tahun lepas.
Hakim Ibrahim Osman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir pendakwaan.
Ibrahim dalam penghakimannya berkata perkataan yang disebut oleh Rayer dalam persidangan DUN iaitu 'UMNO celaka' tidak termasuk sebagai satu kecenderungan menghasut.
"Mahkamah mendapati bahawa ucapan tertuduh tidak merujuk mana-mana kaum atau segolongan orang malah secara jelas hanya merujuk kepada individu-individu secara spesifik iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shabudin Yahaya.
"UMNO adalah sebuah parti politik yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan sama seperti pertubuhan lain seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain. Kenyataan terhadap sesebuah parti politik itu tidak boleh disifatkan sebagai perkataan kepada sesuatu kaum tertentu atau golongan yang tertentu.
"Mahkamah berpandangan bahawa kenyataan terhadap sesuatu kaum mestilah jelas ataupun tersurat bukannya secara tersirat. Jika mahkamah ini menerima sesebuah parti politik sebagai khusus untuk kaum yang tertentu sahaja, perkara sedemikian sudah tentu akan memberi kesan negatif dan boleh membawa implikasi yang tidak sihat," katanya.
Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan di dalam DUN Pulau Pinang, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei 2014.
Wakil rakyat itu menghadapi pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim dan Farah Aimy Zainul Anwar manakala Rayer diwakili oleh barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.
Topic Berkaitan
#ADUN Seri Delima R.S.N Rayer hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
#dua tahun lepas
#Hakim Ibrahim Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan