awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC jatuhkan hukuman ke atas kelab Vietnam, lawan diberi menang percuma

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2026
07:01 MYT
AFC jatuhkan hukuman ke atas kelab Vietnam, lawan diberi menang percuma
Menjelang aksi kedua, wakil Singapura Tampines Rovers memiliki kelebihan tiga gol menuju suku akhir. - Stadium Astro
KELAB terkemuka Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), mengalami nasib malang apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sah menjatuhkan hukuman berikutan kesilapan ralat pentadbiran menurunkan dua pemain tidak berkelayakan pada minggu lalu.
Skuad kendalian Mano Polking itu memenangi perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan keputusan 4-0, namun ia telah ditarik semula dan diberikan kemenangan percuma 0-3 kepada Tampines Rovers.
Menjelang aksi kedua, wakil Singapura itu memiliki kelebihan tiga gol menuju suku akhir dan CAHN terpaksa bekerja keras memperbaiki kesilapan sendiri sekiranya mahu mara selepas gol agregat ditarik.
Terdahulu, CAHN membenarkan dua pemain, Stefan Mauk dan China, beraksi menentang Tampines Rovers walaupun sepatutnya menjalani penggantungan berikutan mengutip tiga kad kuning sebelum ini.
Masihkah anda ingat, kejadian sama pernah berlaku dalam kempen ini pada musim lalu. Gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima, mengalami nasib sama apabila menurunkan pemain tidak sah, sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada Lion City Sailors (LCS) meskipun pada awalnya Sanfrecce memenangi aksi 6-1.
Tidak dilupakan, situasi ini sedikit-sebanyak mengingatkan kepada PDRM yang menurunkan pemain tidak berkelayakan, Mohd Safiee Ahmad, yang sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan.
Selangor terus diberikan kemenangan 3-0 oleh sebab perkara itu sebelum menjulang trofi MFL Challenge Cup musim lalu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kelab Vietnam
#afc
#CAHN
#pemain tidak berkelayakan
#kemenangan percuma
#Tampines Rovers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan