awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi agama Islam perlu kreatif anjur aktiviti ibadah bulan Ramadan

Bernama
Bernama
21/03/2023
15:20 MYT
Agensi agama Islam perlu kreatif anjur aktiviti ibadah bulan Ramadan
Mohd Na'im berkata pengisian program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Semua agensi agama Islam di seluruh negara perlu lebih kreatif dalam menganjurkan aktiviti ibadah, bagi menarik lebih penyertaan umat Islam untuk mengimarahkan bulan Ramadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan 2023/1444H di sini malam ini, beliau berkata usaha seumpama itu bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada umat Islam untuk menggandakan amalan, malah mengeratkan ukhuwah masyarakat Malaysia MADANI.
"Kita harap agensi-agensi ini fikirkan penganjuran program yang lebih kreatif.
"Curahkanlah segala tenaga, masa dan wang ringgit dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan kita beroleh ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat kelak," katanya.
Mohd Na'im berkata pengisian program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan juga dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.
Beliau berharap segala program yang telah dirancang akan menyuntik semangat dalam kalangan umat Islam untuk menggandakan amalan sepanjang bulan Ramadan.
"Bulan Ramadan ini bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, tetapi umat Islam perlu lihat Ramadan sebagai suatu bulan untuk mereka manfaatkan untuk gandakan amalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi agama Islam
#aktiviti ibadah
#Ramadan
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan