awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi Berita Palestin terima anugerah pengiktirafan media di Jeddah

Astro AWANI
Astro AWANI
28/02/2026
15:04 MYT
Agensi Berita Palestin terima anugerah pengiktirafan media di Jeddah
Shibli menerima anugerah itu daripada Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Muhammad Bin Abdulkarim Al-Issa, bersama Ketua Pengarah UNA, Mohammed Bin Abdul Rabbo Al-Yami - Foto Liga Dunia Islam (MWL)
AGENSI Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) menerima Anugerah Profesionalisme Media yang julung kali dianjurkan sempena Forum Ramadan di Jeddah, baru-baru ini.
Pengiktirafan ini diberikan atas usaha media rasmi Palestin itu menyampaikan maklumat berita yang berkredibiliti dan menepati piawaian etika kewartawanan meskipun berdepan cabaran besar.
Menurut Wakil Tetap Palestin ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hadi Shibli, anugerah ini menghantar mesej jelas kepada WAFA yang agensi itu tidak bersendirian dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai Palestin.
Kata Shibli, meskipun berdepan dengan sumber yang terhad namun WAFA tetap bertekad untuk menyampaikan berita Palestin dengan naratif yang tepat.
Shibli menerima anugerah itu daripada Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Muhammad Bin Abdulkarim Al-Issa, bersama Ketua Pengarah UNA, Mohammed Bin Abdul Rabbo Al-Yami
Dalam ucapannya, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Muhammad Bin Abdulkarim Al-Issa memuji UNA atas pengiktirafan terhadap kepelbagaian yang cemerlang dalam bidang ilmiah, pemikiran dan media.
Selain itu, forum ini turut menegaskan peranan penting media dalam mempromosikan perpaduan dan kesaksamaan untuk dunia Islam.
Turut hadir adalah wakil institusi media, para ilmuan serta diplomat dari pelbagai negara.
Topic Berkaitan
#Palestin
#WAFA
#pertubuhan kerjasama islam
#Anugerah Profesionalisme Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan