awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi JPM perlu disiplin tentukan keutamaan, pastikan projek beri impak nyata - KSN

Bernama
Bernama
10/04/2026
13:26 MYT
Agensi JPM perlu disiplin tentukan keutamaan, pastikan projek beri impak nyata - KSN
Semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu lebih berdisiplin dalam menentukan keutamaan projek bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi nilai dan impak langsung kepada rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu lebih berdisiplin dalam menentukan keutamaan projek bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi nilai dan impak langsung kepada rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau berkata penekanan itu dibuat dalam Mesyuarat Pengurusan bersama Ketua Jabatan dan Agensi di JPM yang dipengerusikannya pada Jumaat, yang turut membincangkan isu dapatan audit, pematuhan serta prestasi kewangan dan projek pembangunan.
“Saya turut menegaskan agar semua agensi menilai semula keutamaan projek dengan lebih berdisiplin serta membezakan antara must have vs nice to have.
"Setiap perbelanjaan dan pelaksanaan projek mesti berlandaskan nilai kepada rakyat, agar setiap usaha yang digerakkan benar-benar memberi manfaat yang dirasai secara langsung,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat.
Shamsul Azri berkata JPM dan seluruh agensi di bawahnya juga perlu menjadi contoh teladan terbaik dalam semua aspek dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak nyata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi JPM
#KSN
#disiplin
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan