awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi risikan Korea Selatan tubuh pasukan kecemasan susulan krisis Asia Barat

Bernama
Bernama
03/03/2026
06:54 MYT
Agensi risikan Korea Selatan tubuh pasukan kecemasan susulan krisis Asia Barat
Perkhidmatan Perisikan Negara Korea Selatan (NIS) bekerjasama dengan agensi perisikan negara sehaluan bagi menjalankan pemantauan itu. - Gambar fail

Perkhidmatan Perisikan Negara Korea Selatan (NIS) menubuhkan pasukan respons kecemasan yang beroperasi sepanjang masa untuk memantau perkembangan di Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran serta membantu pemindahan selamat rakyat negara itu dari rantau berkenaan, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa, memetik pegawai.

NIS bekerjasama dengan agensi perisikan negara sehaluan bagi menjalankan pemantauan itu, kata pegawai, di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak selepas serangan terbaru oleh AS dan Israel ke atas Iran, yang dilaporkan mengorbankan Pemimpin Agung Iran dan mencetuskan serangan balas terhadap pangkalan AS di Asia Barat.

Pegawai berkata NIS turut menjejaki rapat potensi faktor risiko rantaian bekalan serta menyalurkan maklumat berkaitan kepada agensi kerajaan, selain menilai keadaan terkini dalam sektor tenaga, logistik, pembuatan pertahanan dan pembinaan kapal susulan penutupan Selat Hormuz.

Pada hari serangan ke atas Iran Sabtu lalu, NIS turut menubuhkan satu pasukan petugas yang diketuai pengarahnya bagi mengadakan mesyuarat penilaian situasi kecemasan setiap hari, menurut pegawai.

Sebelum ini, Yonhap melaporkan kira-kira 21,000 rakyat Korea Selatan kini berada di Asia Barat di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu susulan serangan udara AS dan Israel ke atas Iran.

-- BERNAMA-YONHAP

Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#NIS
#respons kecemasan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan