awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Bernama
Bernama
21/03/2026
03:41 MYT
Agong berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini.
Majlis berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, menteri-menteri Kabinet dan para perwakilan asing antaranya United Kingdom, Iran, Azerbaijan dan Indonesia.
Majlis yang dihadiri lebih 600 tetamu itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.
Antara juadah disajikan ialah makanan popular Johor iaitu kacang pool dan sup tulang merah selain lemang, ketupat, rendang dan nasi beriani selain majlis diserikan dengan persembahan lagu raya daripada Quintet Pancaragam Diraja Malaysia (PDRM) dan persembahan khas oleh penyanyi yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu.
Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Hari Raya Aidilfitri
#Majlis Ramah Mesra
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan