awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan pandu sejauh 45 kilometer, tinjau persekitaran Mersing

Astro AWANI
Astro AWANI
07/03/2026
08:31 MYT
Agong berkenan pandu sejauh 45 kilometer, tinjau persekitaran Mersing
Sultan Ibrahim bertitah aspek kebersihan dan penyelenggaraan persekitaran perlu sentiasa diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memandu sendiri sejauh lebih 45 kilometer menyusuri beberapa kawasan penempatan bagi meninjau keadaan persekitaran di daerah Mersing.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau keadaan di Jeti Tanjung Penyabong bagi melihat sendiri tahap kebersihan serta kemudahan di kawasan berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah aspek kebersihan dan penyelenggaraan persekitaran perlu sentiasa diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seri Paduka Baginda bertitah Mersing antara destinasi pelancongan popular di Johor dan aspek kebersihan perlu dipelihara bagi memastikan persekitarannya kekal indah serta memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong.

Sultan Ibrahim turut bertitah mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih serta terpelihara.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Seri Paduka Baginda
#Agong
#Sultan Ibrahim
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan