awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim

Bernama
Bernama
03/03/2026
14:39 MYT
Agong berkenan rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 7 malam disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.
Majlis dimulakan dengan Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Masjid UPNM Sultan Ibrahim dengan menandatangani plak perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi masjid berkenaan.
Sejurus majlis itu, Sultan Ibrahim berangkat menyertai jamuan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama-sama warga UPNM.
Seri Paduka Baginda kemudian berangkat pulang kira-kira 8.10 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
#Masjid UPNM Sultan Ibrahim
#berkenan rasmi
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan