awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan sertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam

Bernama
Bernama
30/09/2023
13:03 MYT
Agong berkenan sertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam
ertandingan yang dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Awam buat kali kedua itu, bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara Istana Negara dengan Perkhidmatan Awam. - Gambar/ Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur hari ini.
Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, pertandingan yang dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Awam buat kali kedua itu, bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara Istana Negara dengan Perkhidmatan Awam.
"Pada pertandingan yang disertai 52 pemain itu, Seri Paduka berkenan mewakili pasukan Istana Negara.
"Pasukan Istana Negara diketuai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan pasukan Perkhidmatan Awam pula diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria," menurut catatan itu.
Dalam pertandingan berkenaan, pasukan Perkhidmatan Awam muncul juara selepas menewaskan pasukan Istana Negara sekali gus membawa pulang piala pusingan yang dipertandingkan.
Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#pertandingan golf
#Istana Negara
#perkhidmatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan