awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong gering susulan sakit otot, tulang

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
03:48 MYT
Agong gering susulan sakit otot, tulang
Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul. - Gambar fail
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.
Sehubungan itu, doktor menasihatkan Sultan Ibrahim supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
"Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin," kata Istana Negara dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Jumaat.
Istana Negara juga memaklumkan, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain.
"Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan baginda beransur pulih," kata Istana Negara lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di- Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Agong gering
#musculoskeletal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan