awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Kejohanan Golf Amal

Bernama
Bernama
17/06/2023
11:35 MYT
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Kejohanan Golf Amal
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Santapan Tengah Hari sempena Kejohanan Golf Amal di Tasik Puteri Golf & Country Club di Rawang. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Santapan Tengah Hari sempena Kejohanan Golf Amal di Tasik Puteri Golf & Country Club di Rawang, Selangor.
Turut berkenan berangkat mengiringi Seri Paduka ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan Facebook Istana Negara, sumbangan yang diperoleh daripada kejohanan golf amal tersebut disalurkan kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) dan diserahkan kepada Raja Permaisuri Agong selaku Presiden Seumur Hidup TAFF.
"Kejohanan golf amal tersebut telah disertai isteri-isteri perwakilan asing di Malaysia, tetamu-tetamu kenamaan dan kerabat diraja negeri Pahang," menurut catatan tersebut.
Istana Negara turut memuat naik beberapa keping gambar keberangkatan Seri Paduka berdua pada majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#kejohanan golf amal
#Raja Permaisuri Agong
#Tasik Puteri Golf Country & Country Club
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan