awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia

Bernama
Bernama
04/05/2024
05:16 MYT
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Baginda berdua menyanjung dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa yang dicurahkan seluruh warga JBPM dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di laman Facebook turut menyanjung dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa yang dicurahkan seluruh warga JBPM dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Hari Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun dengan tema sambutan kali ini ialah "Bomba Tonggak Penyelamatan Negara".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Raja Permaisuri Agong
#Selamat Hari Bomba Sedunia 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan