awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat

Bernama
Bernama
02/06/2022
22:45 MYT
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat
Bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka dipimpin oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Muhyidin Aziz @ Saari. - Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka pada Isnin (6 Jun) ini.
Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 6.30 petang disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Turut hadir, beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin serta Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Muhyidin Aziz @ Saari, kemudian Seri Paduka berdua bersama kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat maghrib yang diimamkan Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Dr Khalid Isa.
Pasangan diraja itu turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis pada pukul 7.54 malam.
Majlis itu adalah sebahagian daripada acara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.
Al-Sultan Abdullah juga dijadualkan berangkat ke khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat sempena sambutan itu di masjid berkenaan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yasin dan doa selamat
#Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan