awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri MBK

Bernama
Bernama
28/04/2023
15:02 MYT
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri MBK
Pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 tetamu itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan duit raya kepada anak warga kerja MBK. - Gambar Bernama
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini.
Keberangkatan baginda ke pekarangan Kompleks Bandaraya Kuantan pada 8.35 malam diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri, Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin dan ketua-ketua jabatan.
Pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 tetamu itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan duit raya kepada anak warga kerja MBK.
Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa menyantuni warga kerja MBK dan melawat gerai yang menyediakan pelbagai juadah makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#MBK
#barisan kepimpinan
#duit raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan