awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berkenan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara

Astro AWANI
Astro AWANI
21/03/2026
01:52 MYT
Agong, Raja Permaisuri berkenan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan Jemaah Menteri.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Sirajuddin Suhaimee.
Solat sunat Aidilfitri berkenaan diimamkan oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.
Usai menunaikan ibadah berkenaan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan mendengar khutbah Aidilfitri bertajuk “Syawal Bangkit Dari Ujian, Bersatu Dalam Keimanan”.
Menurut khutbah itu, takwa yang hakiki bukan sekadar amalan bermusim, sebaliknya lahir daripada kesungguhan menyembah Allah pada setiap masa tanpa mengira waktu dan keadaan.
Aidilfitri juga disifatkan sebagai medan penyucian jiwa dengan membuang ego demi memulihkan silaturahim yang tulus, selain mengutamakan kesederhanaan berbanding kemegahan material kerana kemenangan sejati ialah kemuliaan iman yang diredai Allah.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berkenan bersalaman dengan jemaah daripada pelbagai latar belakang yang hadir di surau tersebut.
Seri Paduka Baginda berdua turut berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri, yang berlangsung di Dewan Utama.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah perwakilan-perwakilan asing dan tetamu-tetamu kehormat lain.
Sejurus itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat meninggalkan majlis sekitar jam 9.45 pagi.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#Sultan Ibrahim
#Anwar Ibrahim
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan