awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN

Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh

Bernama
Bernama
06/04/2026
05:45 MYT
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad. - Gambar fail/Bernama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, isteri Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad (5 April).
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disertakan pengumuman rasmi Jumaah Majlis DiRaja Johor, puteri itu merupakan anakanda kelima Tunku Mahkota Ismail.
Pengumuman Diraja itu dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli hari ini.
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat, menurut kenyataan itu.
Jumaah Majlis DiRaja Johor turut menzahirkan doa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, keceriaan dan keberkatan berterusan kepada Kerabat DiRaja Johor.
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor diijab kabul dengan Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.
Pasangan diraja itu kini dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua putera dan tiga puteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor
#Sultan Ibrahim
#Raja Zarith Sofiah
#tunku mahkota ismail
#Cucunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.