awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil

Bernama
Bernama
14/04/2026
02:19 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
Sultan Ibrahim bertitah, keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa ialah tunjang kemakmuran negara. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.
Ucapan berkenaan dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menerusi hantaran itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar sambutan berkenaan akan terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta saling menghormati antara kaum dan agama di negara ini.
Sultan Ibrahim bertitah, Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya yang hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Seri Paduka Baginda bertitah, keharmonian dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa ialah tunjang kemakmuran negara.
“Moga tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya,” titah Seri Paduka Baginda.
Hari Vaisakhi diraikan oleh masyarakat Sikh menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Sikh, manakala Tahun Baharu Tamil atau Puthandu disambut oleh masyarakat Tamil sebagai permulaan tahun baharu dalam kalendar Tamil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
# Raja Zarith Sofiah
# Hari Vaisakhi
#tahun baharu tamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan