awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Dewan tidak harus pertikai titah Yang di-Pertuan Agong - Pakar Perlembagaan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/05/2020
16:31 MYT
Ahli Dewan tidak harus pertikai titah Yang di-Pertuan Agong - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu menjelaskan, bukan sahaja kerajaan malah pembangkang dan juga semua lapisan rakyat perlu melaksanakan titah baginda. - Gambar BERNAMA
Ahli Dewan tidak seharusnya mempersoal atau mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan penggal Parlimen pada Isnin ini.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz yang memetik Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan perkataan titah sendiri merujuk kepada arahan atau perintah.
"Apabila dikatakan titah, perkataan titah sendiri menunjukkan arahan Yang di-Pertuan Agong dan kita sebagai rakyat jelata perlu menjunjung titah baginda," katanya ketika temubual di Astro AWANI melalui Skype di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut Shamrahayu menjelaskan, bukan sahaja kerajaan malah pembangkang dan juga semua lapisan rakyat perlu melaksanakan titah baginda.
Katanya, meskipun kedudukan Yang di-Pertuan Agong tidak mengatasi undang-undang negara namun secara moralnya adalah sesuatu yang tidak beretika untuk mempersoalkan atau tidak bersetuju dengan titah baginda.
Dalam titah pada pembukaan Parlimen pada Isnin, Shamrahayu menjangkakan selain isu COVID-19 dan kestabilan ekonomi, baginda berkemungkinan akan menyentuh mengenai institusi raja, memandang isu tersebut banyak dibangkitkan ketika peralihatan kerajaan baru-baru ini.
Antara lain katanya, baginda juga akan menyentuh mengenai kecemerlangan pejuang barisan hadapan termasuk jururawat dan petugas perubatan yang berjaya mendatarkan lengkungan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Kamus Dewan dan Bahasa
#Parlimen
#Perlembagaan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan