awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Bandar Kuching pulih COVID-19

Bernama
Bernama
23/03/2020
20:43 MYT
Ahli Parlimen Bandar Kuching pulih COVID-19
Yii turut memuji petugas Hospital Umum Sarawak yang banyak membantu dan sangat profesional ketika merawat beliau.
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang disahkan positif COVID-19 pada 16 Mac lepas, mengumumkan beliau kini telah pulih daripada jangkitan virus itu dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, beliau berkata Jabatan Kesihatan telah memaklumkan kepadanya hari ini bahawa dua ujian terakhir yang dijalankan menunjukkan beliau negatif COVID-19 namun akan meneruskan pengasingan diri selepas dibenarkan keluar hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
"Memandangkan dua ujian menunjukkan keputusan yang baik, doktor membuat keputusan membenarkan saya keluar dari hospital namun perlu terus berjaga-jaga," katanya.
Yii turut memuji petugas Hospital Umum Sarawak yang banyak membantu dan sangat profesional ketika merawat beliau.
"Saya berpeluang melihat sendiri sikap kemanusiaan yang terbaik apabila doktor dan jururawat serta pihak penjagaan kesihatan yang lain termasuk pencuci yang bekerja keras semata-mata mahu memastikan kami selamat, menjaga kami dan melindungi masyarakat secara keseluruhannya," katanya sambil meminta orang ramai supaya terus memberikan sokongan penuh kepada Jabatan Kesihatan pada masa sukar ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Kelvin Yii
#keluar hospital
#koronavirus
#pengasingan diri
#ujian terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan