awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa bersubahat bunuh juruteknik

Bernama
Bernama
24/12/2021
04:31 MYT
Ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa bersubahat bunuh juruteknik
Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret. - Gambar fail
PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas dakwaan bersubahat membunuh seorang juruteknik, bulan lepas.
R. Ravi, 53, didakwa bersubahat dengan empat individu yang sudah dituduh sebelum ini, termasuk seorang lagi yang masih bebas kerana membunuh juruteknik, A. Vasudevan, 39.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Springhill antara jam 5.40 pagi hingga 9.45 pagi, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret V. Vanita.
Tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Nur Athirah Zainuddin.
Tertuduh diwakili dua peguam diketuai Datuk Geethan Ram Vincent.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#kes bunuh
#juruteknik dibunuh
#Bandar Springhill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan