awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Bashah dijangka kembali bertugas Ahad ini

Bernama
Bernama
29/06/2016
09:09 MYT
Ahmad Bashah dijangka kembali bertugas Ahad ini
Shaiful Hazizy berkata, Ahmad Bashah bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun belum pasti kekerapannya. - Gambar fail
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual kembali memulakan tugas rasminya pada Ahad ini berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bagaimanapun pakar perubatan menasihatkan Ahmad Bashah supaya memulakan tugasnya secara perlahan-lahan.
"Menteri Besar sudah sihat dan beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 3 Julai (Ahad) nanti di Wisma Darul Aman, diikuti program moreh bersama media dan satu lagi program keesokan harinya.
"Sekarang ini beliau masih berehat di rumah. Doktor menasihatkannya untuk bermula dengan perlahan-lahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Muafakat Soq Mahasiswa Kedah 2016 di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di sini, hari ini.
Shaiful Hazizy berkata, Ahmad Bashah bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun belum pasti kekerapannya.
Ahmad Bashah dilaporkan pitam ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 4 Jun lalu sebelum dikejarkan ke Kedah Medical Centre dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari berikutnya.
Sepanjang berada di HPP, Ahmad Bashah turut menjalani pembedahan akibat komplikasi usus.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual kembali memulakan tugas rasminya pada Ahad ini berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik
#Menteri Besar Kedah
#Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan