awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Said: Kerangka bumbung masjid kembali guna kayu berkualiti

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2013
23:45 MYT
Ahmad Said: Kerangka bumbung masjid kembali guna kayu berkualiti
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan kerangka bumbung masjid yang bakal dibina selepas ini menggunakan kayu bermutu tinggi terutama cengal.
Ahmad berkata, tragedi bumbung runtuh buat kali ketiga menjejaskan imej negeri dan perkara itu perlu dipandang serius semua pihak terbabit.
Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, sebahagian bumbung dan siling ruang kedua solat Masjid Kampung Tebauk runtuh.
Insiden itu melibatkan kira-kira 20 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM5.7 juta dan mampu memuatkan 1,000 jemaah.
"Memang saya rasa kecewalah sebab ia berlaku di Terengganu, sebab itu saya dah arahkan supaya jangan lagi gunakan struktur besi untuk bumbung ini, perlu kembali guna kayu gred A," katanya selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.
Katanya, pihak kerajaan negeri akan berusaha mengenalpasti kelemahan yang menjurus kepada tiga kejadian berasingan membabitkan runtuhan bumbung.
"Kita dah arahkan SPRM supaya siasat, kalau ada salahlaku penyelewengan atau sebagainya, sama ada pembinaan mengikut spesifikasi atau tidak dan pengawasan JKR itu sempurna atau tidak," katanya.
Pegawai forensik JKR akan mengemukakan laporan hasil siasatan manakala kontraktor pemasangan dan pembekal bertanggungjawab membaikpulih segala kerosakan masjid berkenaan.
Ini berikutan perjanjian pihak pembekal yang memberi jaminan selama sepuluh tahun untuk bumbung masjid yang siap sepenuhnya pada 24 Oktober 2011.
Pada 20 Mei lalu, bumbung hadapan masjid di Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu turut runtuh.
Manakala pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#bumbung masjid
#runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan