awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
20/03/2026
10:15 MYT
Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal. - Foto Facebook Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang, mempererat silaturahim dan saling bermaafan dengan hati yang tulus sempena sambutan Syawal.
Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai masa bersama keluarga serta insan tersayang dalam meraikan Aidilfitri.
Pada masa sama, Ahmad Zahid mendoakan agar sambutan Syawal kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.
“Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada umat Islam, walau di mana jua berada,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Ahmad Zahid Hamidi
#silaturahim
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan