awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap selamat tunai ibadah haji kepada jemaah Malaysia

Bernama
Bernama
29/04/2025
12:00 MYT
Ahmad Zahid ucap selamat tunai ibadah haji kepada jemaah Malaysia
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata jemaah haji Malaysia telah mula berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bermula hari ini secara berperingkat. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan ucapan tahniah dan selamat berangkat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata jemaah haji Malaysia telah mula berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bermula hari ini secara berperingkat.
"Saya mendoakan agar semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan, serta mendapat bimbingan dan perlindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci. Semoga ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan haji yang mabrur, insya-Allah.
"Selamat menunaikan rukun Islam kelima. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan sepanjang perjalanan suci ini," katanya.
Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci kira-kira 4 pagi tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebanyak 100 penerbangan sewa khas menerusi syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines disediakan untuk membawa 31,600 jemaah haji ke Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#ucap selamat
#ibadah haji
#jemaah malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan