awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Kesesakan lebih 9 jam dari Kuala Lumpur ke Taiping - Pemandu

Fareez Azman
Fareez Azman
10/08/2019
08:35 MYT
Aidiladha: Kesesakan lebih 9 jam dari Kuala Lumpur ke Taiping - Pemandu
Bukan hanya di lebuh raya ke arah Pantai Timur, malah ke arah utara turut menunjukkan kesesakan luar biasa. - Foto BERNAMA
Rata-rata kesesakan lebuh raya dilaporkan di seluruh negara hari ini akibat peningkatan kenderaan yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha esok.
Bukan hanya di lebuh raya ke arah Pantai Timur, malah ke arah utara turut menunjukkan kesesakan luar biasa.
Wartawan Astro AWANI, Essan Yahaya antara yang terperangkap dalam kesesakan hampir sembilan jam dari Kuala Lumpur ke Taiping.
"Saya bertolak jam 6 pagi tadi dari Kuala Lumpur, kesesakan bermula dari Sungai Buloh akibat kenderaan terlalu banyak. Kebiasaannya perjalanan mengambil masa dua jam dari Kuala Lumpur ke Tapah, tapi kali ini ia bertambah sekali ganda iaitu empat jam," kata Essan.
Manakala dari Tapah ke Ipoh ada antaranya yang mengambil masa tiga jam berbanding 45 minit pada kebiasaan.
"Kebiasaannya ambil masa 45 minit tetapi sepanjang perjalanan saya untuk sampai ke Ipoh ambil masa tiga jam. Meskipun tiada kemalangan, tetapi saya kesal kerana ada lagi pemandu yang tidak mematuhi arahan memandu di lorong kecemasan," katanya ketika dihubungi petang ini.
Jelasnya sepanjang pemerhatian, mendapati rata-rata pengguna telah bertolak awal dan tidur di kawasan Rehat dan Rawat bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan.
Trafik turut sesak dari Terowong Menora menghala ke Kuala Kangsar dan Taiping terutamanya di kawasan laluan mendaki.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Astro Awani
#hari raya
#kampung
#Kedah
#kenderaan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Perak
#PLUS
#pulang
#sesak
#Taiping
#Terowong Menora
#terperangkap
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan