Trump dakwa pemimpin tentera Iraq dibunuh dalam serangan
Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai masa, skop atau pelaku serangan itu. - Foto fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Sabtu, beberapa pemimpin tentera Iran telah dibunuh dalam apa yang disifatkannya sebagai serangan besar-besaran di Tehran, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam siaran video yang dikongsi di platform Truth Socialnya, Trump berkata: “ramai pemimpin tentera Iran, yang telah memimpin mereka dengan teruk dan tidak bijak, dibunuh, bersama-sama dengan banyak lagi, dalam serangan besar-besaran di Tehran ini!"
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai masa, skop atau pelaku serangan itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

