awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Semua premis perniagaan di Kelantan diarah tutup esok

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
09/07/2022
08:36 MYT
Aidiladha: Semua premis perniagaan di Kelantan diarah tutup esok
Semua premis terbabit perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri dengan menutup operasi perniagaan pada Hari Raya pertama sahaja. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Semua premis perniagaan termasuk pasar raya, kompleks beli belah, kedai serbaneka dan restoran makanan segera di seluruh Kelantan diarahkan tutup esok sempena sambutan Aidiladha.
Arahan itu dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melalui satu surat bertarikh 6 Julai.
Surat berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha MPKB BRI, Mohd Shaifudeen Md Salleh.
Difahamkan, semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri menerima arahan serupa bagi dikuatkuasakan di kawasan pentadbiran masing-masing.
Menurut surat berkenaan, kesemua premis terbabit perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri dengan menutup operasi perniagaan pada Hari Raya pertama sahaja.
Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan tindakan undang- undang yang tegas dikenakan terhadap pemilik premis termasuk pembatalan lesen perniagaan.
Difahamkan, notis pemakluman itu telah diedarkan kepada semua pemilik premis perniagaan seluruh Kelantan.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#semua kedai diarah tutup
#Aidiladha
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan