awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri di UAE jatuh pada Jumaat, 20 Mac - SAASST

Bernama
Bernama
07/03/2026
17:07 MYT
Aidilfitri di UAE jatuh pada Jumaat, 20 Mac - SAASST
Beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai. - Gambar hiasan/BERNAMA

Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.
Ia berkata, pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.
Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.
Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.
Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.
Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.
Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.
Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.
SAASST menegaskan ramalannya yang dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac akan menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE dan kebanyakan negara Islam.
Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.
-- BERNAMA-WAM
Topic Berkaitan
#UAE
#Aidilfitri
#anak bulan Syawal
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan