awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Pemain ski Jerman maut dalam perlanggaran di cerun Austria
Konflik Asia Barat: PM Jepun gesa Presiden Iran segera pastikan laluan selamat di Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: KKM diminta umum keputusan rentas negeri lebih awal

Bernama
Bernama
10/04/2021
20:53 MYT
Aidilfitri: KKM diminta umum keputusan rentas negeri lebih awal
Kerajaan akan meminta KKM membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri. -Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.
"Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram di sini pada Sabtu.
Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM1.34 juta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#KKM
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#rentas negeri
#Penilaian risiko
#Pulada
#Pusat Latihan Tempur Tentera Darat
#COVID-19
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan