awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri medan perkukuh silaturahim, hargai kepelbagaian identiti Sarawak - Abang Johari

Astro AWANI
Astro AWANI
19/03/2026
09:53 MYT
Aidilfitri medan perkukuh silaturahim, hargai kepelbagaian identiti Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata, amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi di negeri itu melambangkan semangat inklusiviti dan muhibah antara kaum serta agama. - Gambar fail
Musim perayaan Aidilfitri merupakan masa terbaik memperkukuh silaturahim serta menghargai kepelbagaian yang menjadi identiti Sarawak.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi di negeri itu melambangkan semangat inklusiviti dan muhibah antara kaum serta agama.
“Inilah keunikan kita - hidup dalam kepelbagaian, namun tetap bersatu dalam satu semangat kekitaan.
“Dalam kita mengejar kemajuan, kita tidak harus mengabaikan nilai perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan Sarawak,” katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, Abang Johari berkata, sebagai tanda penghormatan buat isterinya Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang yang meninggal dunia pada Jun tahun lepas, beliau dan keluarga tidak akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini.
Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak kini berada pada fasa penting dalam perjalanan pembangunannya ke arah merealisasikan visi 2030.
Beliau berkata, sebagai sebuah wilayah luas, Sarawak sedang melalui fasa kritikal untuk menaik taraf sistem infrastruktur jalan raya serta kemudahan asas, khususnya bekalan air, elektrik dan capaian Internet.
“Usaha ini perlu diselaraskan dengan pelbagai inisiatif strategik bagi mentransformasikan ekonomi Sarawak kepada ekonomi berpendapatan tinggi, melalui pemerkasaan teknologi tinggi, inovasi, nilai tambah serta kelestarian alam sekitar.
“Kerajaan negeri turut memberi penekanan besar terhadap penerokaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kita mahu generasi muda Sarawak bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga pencipta serta peneraju teknologi,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#silaturahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan