awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
Duta Rusia gesa AS kekalkan angkasa lepas sebagai ruang kerjasama, bukan persaingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Pasangan Cina jual kurta serendah RM10, bantu golongan B40

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
01:23 MYT
Aidilfitri: Pasangan Cina jual kurta serendah RM10, bantu golongan B40
Chee (kanan) dan Rita menunjukkan baju kurta yang dijual mereka dengan harga serendah RM10 sehelai sempena Aidilfitri tahun ini, Kluang, 5 Mac 2026. --fotoBERNAMA
Memasuki tahun ketiga berturut-turut, pasangan suami isteri berbangsa Cina, Chee Sur Wing, 33, dan Rita Too Wan Er, 32, terus mencuri perhatian apabila membantu rakan-rakan beragama Islam mendapatkan pakaian raya pada harga mampu milik.
Jika dua tahun lalu mereka menjual set baju raya lengkap berserta sampin serendah RM50, tahun ini mereka tampil dengan pendekatan lebih moden memberi fokus kepada jualan baju kurta dengan harga sehingga serendah RM10.
Chee berkata inisiatif harga ‘Rahmah’ itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya kategori B40 untuk meraikan Aidilfitri dengan pakaian baharu pada harga mampu milik.
“Niat saya dan isteri cuma satu nak bantu golongan B40, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya mereka pun dapat merasai kemeriahan Aidilfitri dengan pakaian baharu.
“Kurta RM10 ini hanya untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula di bazar Aidilfitri atau kedai pakaian bagi memastikan matlamat asal untuk membantu orang ramai benar-benar tercapai,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Taman Sri Kluang.
Chee berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila tahun lepas sahaja, lebih 20,000 pasang baju raya berjaya dijual, merangkumi baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu Johor (Teluk Belanga), baju kurung, baju kebaya dan kurta.
Menurutnya, walaupun dijual pada harga yang rendah namun beliau tetap menitikberatkan soal kualiti dengan menggunakan fabrik seperti satin dan Como Crepe serta benang berkualiti yang tahan lama dan tidak mudah tertetas.
Buat masa ini, katanya, pasaran mereka lebih tertumpu kepada penduduk sekitar Kluang dan menambah, orang ramai boleh datang sendiri ke kilang mereka di Taman Sri Kluang yang dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Selain pakaian raya, pasangan ini turut menghasilkan pelbagai jenis pakaian korporat lelaki dan wanita pada harga berpatutan selain turut aktif dalam aktiviti kebajikan bersama pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat tempatan.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#kurta RM10
#B40
#kurta murah
#harga mampu milik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan