awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Tiada cuaca signifikan, ekstrem dijangka berlaku - MetMalaysia

Bernama
Bernama
01/05/2022
11:21 MYT
Aidilfitri: Tiada cuaca signifikan, ekstrem dijangka berlaku - MetMalaysia
Tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Aidilfitri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Aidilfitri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bagaimanapun, kejadian ribut petir dijangka boleh berlaku pada sebelah pagi Selasa (3 Mei) di satu dua tempat di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Johor barat, Sabah (Bahagian Kudat dan Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah dan Sibu).
Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, ribut petir juga dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di barat Sabah dan Labuan serta satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Sandakan), barat dan tengah Sarawak.
Ribut petir turut diramalkan berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Pedalaman dan Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang).
Kenyataan itu turut memaklumkan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pulau Pinang dan di kawasan pantai di Kedah, Perak, Selangor, Johor barat dan Sabah (Bahagian Kudat dan Sandakan) pada pagi Rabu (4 Mei).
Selain itu, keadaan itu juga dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan serta ribut petir diramal berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Pedalaman dan Pantai Barat) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang)
"Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai cuaca terkini boleh didapati di laman web www.met.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca ekstrim
#cuaca signifikan
#ribut petir
#Aidilfitri
#Hari Raya Aidilfitri
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan