awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor kaji guna sistem ozon rawat air mentah

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2021
02:55 MYT
Air Selangor kaji guna sistem ozon rawat air mentah
Air Selangor) melakukan kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau.
Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, teknologi ozon dilakukan berikutan ramai pengguna tidak yakin dengan air mentah dari Sungai Klang untuk dirawat di Skim Bekalan Air Rasau.
Jelas kenyataan itu, objektif utama kajian itu adalah untuk mengenal pasti kemampuan teknologi ozon merawat bahan-bahan organik serta logam yang terdapat di dalam sumber air mentah.
"Kajian ini telah dilakukan dengan kerjasama Veolia Water Technologies, sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam solusi teknologi rawatan air dan rawatan sisa kumbahan," kata kenyataan itu pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, hasil penggunaan teknologi sistem ozon semasa kajian menunjukkan pengurangan ketara bahan pencemar seperti logam, serta bahan organik yang terdapat di dalam Sungai Klang dan kolam-kolam Rasau.
"Ini selaras dengan inisiatif kami untuk sentiasa membekalkan air bersih dan terawat kepada pengguna kami," jelas kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ozon
#bekalan air
#Air Selangor
#Skim Bekalan Air Rasau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan