awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia rai jubli emas Asean dengan tawaran tambang rendah

Bernama
Bernama
06/08/2017
06:16 MYT
AirAsia rai jubli emas Asean dengan tawaran tambang rendah
AirAsia meraikan ulang tahun ASEAN kali ke-50 dengan menawarkan tambang rendah untuk ke semua destinasi di seluruh rangkaian serantaunya. -Gambar fail
AirAsia meraikan ulang tahun ASEAN kali ke-50 dengan menawarkan tambang rendah untuk ke semua destinasi di seluruh rangkaian serantaunya.
Promosi itu ialah sempena Hari ASEAN esok, yang memperingati penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos, 1967.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, selama 50 tahun, ASEAN memberi inspirasi kepada seluruh penduduknya dengan mesej perpaduan.
"Sebagai warga ASEAN, kami mahu menghargainya dan berharap tambang rendah ini turut memberi dorongan kepada penduduk ASEAN untuk meneroka lagi rantau ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Teroka bahagian ASEAN atau destinasi berhampiran seperti dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan banyak lagi daripada RM50.
Tempahan boleh dibuat melalui laman web di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai 7 hingga 13 Ogos, 2017 untuk penerbangan antara 7 Ogos, 2017 dan 8 Feb, 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.
AirAsia berkata, ia berbangga menjadi syarikat penerbangan ASEAN - satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan terus ke semua negara ASEAN dan beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.
AirAsia turut menawarkan Pas AirAsia ASEAN yang membolehkan penumpang menikmati penerbangan dalam rantau itu pada kadar tetap dengan tempoh sah penerbangan sehingga 60 hari.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#ASEAN
#Pas AirAsia ASEAN
#tambang rendah
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan