awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajal selepas berbuka puasa

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2023
02:47 MYT
Ajal selepas berbuka puasa
Keadaan di lokasi kemalangan penunggang motosikal di kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di Hulu Selangor. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Hasrat seorang remaja lelaki menghantar telefon bimbitnya untuk dibaiki selepas berbuka puasa tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian jam 8.10 malam itu, mangsa berusia 16 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Antara Gapi menuju ke sebuah kedai membaiki telefon bimbit di Rawang.
"Setibanya di lokasi, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR itu dipercayai terbabas sendiri di garisan tengah.
"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ahmad Faizal berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Hulu Selangor
#Jalan Kuala Lumpur-Ipoh
#terbabas sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan