awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/12/2022
03:30 MYT
Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam
Dr Aman memaklumkan perkara itu disedarinya selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut yang mengatakan beliau mahu meminjam wang. -Facebook
JOHOR BAHRU: Akaun Telegram milik Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu digodam oleh scammer.
Dr Aman memaklumkan perkara itu disedarinya selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut yang mengatakan beliau mahu meminjam wang.
"Mohon kemaafan untuk semua yang mengenali saya, sila abaikan permintaan daripada akaun Telegram saya yang mengatakan mahu meminjam wang.
"Dimaklumkan bahawa akaun Telegram saya telah digodam. Harap maaf dan maklum," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi milik jabatan tersebut turut memaklum perkara sama.
"Segala WhatsApp ataupun mesej dalam Telegram yang menyamar sebagai yang berhormat Datuk Dr Aman Rabu yang meminta duit daripada pelbagai individu adalah palsu dan merupakan scammer yang menyamar sebagai beliau.
"Mohon semua yang mesej itu supaya jangan terpedaya," menurut kenyataan berkenaan.
Topic Berkaitan
#akaun telegram digodam
#Pengarah Kesihatan Negeri Johor
#Aman Rabu
#pinjam wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan