awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat hutang, lelaki parah ditetak

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/04/2017
07:58 MYT
Akibat hutang, lelaki parah ditetak
ACP Azmi Adam ketika dihubungi memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika suspek yang berusia 50 tahun datang ke rumah mangsa berhubung masalah hutang. - Foto Fail
Akibat masalah hutang, seorang lelaki parah di lengan kirinya selain cedera di kepala dan kaki akibat ditetak seorang lelaki dalam satu kejadian di Bagan Jermal, Butterworth petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika suspek yang berusia 50 tahun datang ke rumah mangsa berhubung masalah hutang.
Bagaimanapun berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa yang berusia 45 tahun itu sebelum suspek bertindak ganas dengan memukul mangsa termasuk menetak lengan kiri mangsa menggunakan sebilah golok sehingga hampir putus.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
"Manakala suspek ditahan pada hari kejadian di sekitar kawasan Butterworth bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan daripada adik mangsa," katanya.
Difahamkan akibat kejadian itu, tangan kiri mangsa tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.
Topic Berkaitan
#Asisten Komisioner Azmi Adam
#hutang
#parah
#pertengkaran
#polis
#Seberang Perai Utara
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan